Menuju keluarga bahagia



Setiap saat disayangi suami

1. Berilah rasa hormat pd suami, sama spt yg anda buat pada kawan2 anda. Jgn memarahi ataupun mengejek suami di dpn anak2 atau kawan2nya. Ini bkn shj merendahkan maruah tp hatinya pun akan terluka. Wpun suami anda bergaji kecik atau berpangkat rendah dari anda dia ttp suami anda selama2nya. Malah kedudukannya adalah lbh tinggi dari anda disisi agama.

2. Jgn selalu berleter atau mengomel tp berbincanglah dgn suami bila timbul hal yg anda tidak suka. Jika anda pendam shj pun tak elok kerana akan memudaratkan anda dan juga suami. Malah, kkdg anak pulak menjadi mangsa tempat anda melepas geram.

3. Jgn terlalu menyibukkan diri dgn rumah dan anak2 sehingga attention utk suami berkurang. Kes ini bkn shj melibatkan isteri yg bekerja ttp surirumah jugak. Jgn anggap perhatian anda tidak penting bagi suami. Sbenarnya suami anda lbh manja dari anak2 anda. Jadi, selalulah anggap suami tu anak plg bungsu yg nak lebih perhatian. :)

4. Jadikan hubungan seksual sesuatu yg mengasyikkan dan  mengambil initiative utk mengelakkan kebiasaan dlm kehidupan seksual anda. Biasanya alasan2 spt keletihan menyebabkan anda kaku atau tidak melayan suami dgn belaian mesra yg sewajarnya. Dahlah seharian di pejabat, balik rumah sibuk dgn anak2, memasak, takkanlah waktu tidurpun anda tidak mahu melayannya. Itukan tak adil namanya.

5. Jadikan suami anda org yg terpenting dlm rumah dgn menaruh 100% perhatian dan kepercayaan pd kemampuannya dlm menyelesaikan masalah. Mmg sudah menjadi tgjawab suami utk mencari nafkah, membaiki kerosakan ringan di rumah dll. Tapi harus ingat, jgn pulak sikit2 mintak suami buatkan. Benda remeh temeh mcm mana nak letak pasu bunga pun nak rujuk pd suami, nanti dia bosan ler plk. Takut2 anda dicop sbg tidak pandai berdikari dan terlalu bergantung pdnya.

6. Masakkan makanan kesukaannya dan simpan brg2 peribadinya ditempat yg mudah utk dia mencarinya. Kepenatan seharian di tempat kerja pasti terubat dgn masakan yg enak2 terhidang di atas meja.

7. Pastikan diri anda selalu menarik di dpn suami. Jaga kesihatan dan kebersihan tubuh bdn serta wajah. Jaga berat bdn anda, jgn terlalu gemuk dan jgn pula terlalu kurus. Walaupun suami nampak mcm tak kisah dgn penampilan anda, percayalah suami tumpang bangga dgn isteri yg cantik dan tentulah tk ada alasan nak carik lain.

8. Pada harijadinya, kirimkan kuih ataupun makanan ke pejabatnya. Kawan2 nya pasti tahu dia amat disayangi oleh isterinya. Ataupun anda kirimkan lah kad harijadi atau hadiah ke  pejabatnya. Sekali sekala buat surprise suami pasti rasa terharu dan semakin syg pada anda.

9. Bersikap terbuka dgn suami mengenai masalah rumahtangga bahkan masalah seksual anda berdua. Masalah komunikasi adalah antara masalah utama dlm alam perkahwinan. Cubalah mcm2 cara utk menyampaikan apa shj masalah anda pada suami kerana jika dibiarkan berlarutan, takut hubungan anda menjadi taruhannya.

10. Berbangga dgn diri anda sbg seorang isteri dan ibu dlm rumahtangga. Walaupun suami tak pernah memuji anda, cubalah anda memujinya terlebih dahulu dan buatlah benda2 yg boleh membuatkan suami anda berasa dihargai. InsyaAllah, lama2 dia pasti terikut dgn tindakan anda. Yg plg penting ikhlas dlm setiap perbuatan dan kata2 anda pd suami.


Kenapa rumahtangga bermasalah?

Selepas berkahwin pernah tak anda tertanya-tanya atau timbul persoalan spt "Kenapa dulu tak perasan pun dia mcm ni?" atau "Kenapa dulu senang jer nak berbual, skrg mcm tak tahu nak ckp apa..." atau "Kenapa dulu boleh merajuk selalu, skrg bila merajuk lebih sikit, dijeling pula?"
Ada beberapa faktor yg menyebabkan tekanan dlm hidup pasangan yg telah berkahwin. Antaranya:


1. Tempoh penyesuaian diri
Perkahwinan adalah salah satu punca tekanan dalam hidup kerana melibatkan perubahan, samada kecil ataupun besar. Perubahan kecil selanjutknya melibatkan penyesuaian diri dgn seorg individu yg bernama suami atau isteri. Tabiat isteri atau suami biasanya boleh menjadi perkara merimaskan, spt dia tidak pengemas, tidur berdengkur ataupun menguap tak tutup mulut.
Culture shock spt rasa cemas, risau atau gembira adalah perkara biasa yg dilalui oleh pasangan yg baru berkahwin.
Cara mengatasi:
Perkara kecil pun boleh menjadi besar jika tidak diselesaikan dgn cepat. Bersikap terbukalah utk belajar memahami tabiat, perasaan atau pemikiran pasangan. Bawak2lah berbincang.

2. Harapan terlalu tinggi

Masa bercinta, jgnlah terlalu asyik dgn angan2 yg terlalu ideal dan tidak realistik. Contohnya, mengimpikan kehidupan yg terlalu bahagia tanpa sengketa, sentiasa romantik dan mesra serta sama2 membantu, ibu bapa dan ipar duai yg menerima dan baik2 belaka.

Ini bahaya, kerana waktu bercinta individu selalunya menunjukkan tingkah laku dan rupa diri yg indah shj, apa kata org "control". Waktu dating pun kejap2 sajer, jadi perangai sebenar pun selalunya dpt disembunyikan.

Cara mengatasi:
Kawal sedikit emosi bahagia dan jgn asik bermimpi. Jgn membuat expectation yg terlalu tinggi, takut klu tak tercapai kecewa pula. Fikirkan ttg tanggungjawab berumahtangga dan berkeluarga. Bersikap terbuka dan ready utk menghadapi perubahan besar.

3. Tak tahu tanggungjawab

Masa bercinta asyik bercerita.."Nanti klu dah kawin, kita pegi honeymoon..kita beli rumah. Lepas tu dpt anak....bla..bla...." Anda tidak berpijak di bumi nyata dan tidak bersedia utk menghadapi tanggungjawab asas harian.
Perkara remeh spt memasak, mengemas rumah, basuh baju, membeli makanan lambat laun akan menyebabkan masam muka lagi2 jika berlaku pertembungan expectation. Suami atau isteri yg tidak menjlnkan tanggungjawab yg spatutnya juga boleh menyebabkan timbulnya masalah.

Cara mengatasi:

Dari awal perkahwinan, selalu2lah berbincang ttg perkongsian tanggungjawab. Jgn terlalu memanjakan suami atau ister sehingga sesuatu itu sudah menjadi tabiat yg sukar diubah kemudian hari.

4. Kurangnya komunikasi ttg perasaan

Utk menjaga hati suami atau isteri selalunya kita takut nak komen lebih2, lagi2 klu dpt suami yg sukar memahami dan kurang juga komunikasinya. Sbg contoh, kita dah penat buat keja rumah tp takut nak mintak tlg suami kerana suami kita tu hot tempered.

Cara mengatasi:

Jgn biasakan diri memendam perasaan dlm hati. Dari awal perkahwinan lagi, biasakan berkomunikasi dan berkongsi perasaan dgn pasangan mengikut cara yg betul. Lemah lembut dan belajar berdiplomasi. Klu ada rasa tak puas hati, mintak penjelasan segera, jgn esok lusa baru nak mengungkit. Huru hara jadinya..:)

Ordering Form

Nama penuh:
Email Address:
Facebook account:
Phone no:
Barangan yang dipesan dan kuantiti:
Pembayaran melalui: Maybank2u
CIMB click
IRakyat
Deposit machine
Jumlah pembayaran:
Alamat penghantaran:
Postcode:
Lain-lain:

Put a website form like this on your site.